Thursday, 26 April 2012

Jenis-jenis acuan coklat(MOULD)

Ok,sekarang kita ada kat bab 2 pulak,Jommm kita kenal jenis2 MOULD COKLAT.





Macam-macam bentuk lagi la.Lolipop,Kartun animasi sprt DOREMON,Pooh,Angry Birds.Kulit kerang,daun,Gitar,love,bunga,Oreo,Double Love.Seterusnya,Boleh cari di GOOGLE.Macam-macam jenis ada.

Contoh coklat yang telah siap dibalut dengan foil.


Ni pulak Variasi Kotak-kotak untuk isi coklat.
Kalu nak tengok banyak lagi dekorasi coklat,Boleh la GOOGLE  je,sebab banyak sangat contoh2 coklat yang cantik2.




Peralatan Buat Coklat(simple and jimat)



Kali ni,saya nak kasi panduan buat coklat plak.Sebelum kite belajar buat coklat,kite kena la tau alatan-alatan yang diperlukan dalam proses membuat coklat dari rumah atau buatan tangan sendiri. :)

Macam alatan-alatan kat bawah ni yang biasa saya gunakan,jimat la kos sikit dari nak beli peralatan yang betol2 punya tu agak mahal jugak.

Peralatan pertama.

~Bekas aluminium macam kat atas ni,Beli la yang dalam sikit,supaya bleh cairkan banyak.
`Yang kat sebelah tu bekas yang sebenar untuk cairkan coklat..cuma gambar yang sebelah kanan ni mahal sikit,dalam Rm50-60.Gunanya cuma letak air panas dan dalam tu ade bekas aluminium cam pix belah kiri tu,dan masukkan coklat,tunggu coklat cair je.

~Macam yang sebelah kiri ni biase letak atas air mendidih yang dimasak atas dapur,pakai DOUBLE periuk.macam gambar kat bawah ni.


Pstikan periuk kat bawah tu kecik sikit,supaya wap tak naik kat coklat,nanti coklat bercampur dengan air pulak.Bila bercampur dengan air,coklat akan cepat berpeluh bila dikeluarkan dari peti ais.

*Gunakan api yang perlahan atau just guna air yang mendidih sahaja untuk mencairkan coklat.

~saya tak galakkan anda buat macam kat gambar sebelah kanan tu ok.
Jangan pulak TUTUP coklat tu masa cairkan,nanti berwap plak.

ATAU BUAT MACAM KAT sebelah NI PUN BOLEH..huhu...










Pix sebelah kiri,spatula...pix sebelah kanan ialah PIPING BAG,samada nak guna NOZEL atau x,itu terpulang kepada anda.


Haaa..dah habis bahan-bahan basic nya..Eh,lupa pulak..COKLATttttt !!!

Ok,cam saya,biase guna coklat Beryls je,sebab senang.Coklat ni ada macam-macam jenis,DARK COKLAT,MILK COKLAT.biasa saya pakai MILK COKLAT,sebab tak payah nak beli 2 jenis coklat.dan rasa coklat susu lebih sedap.Harga Coklat ni dalam RM 15 SEKILO.


Ok,dah habis,sekarang kita nak tau jenis-jenis Mould coklat pulak atau ACUAN coklat yang punya bentuk.
JOMmmmmmm..KLIK SINI..BAB 2.

















Aiskrim Coklat(homemade)



Haaa,kali ni kite buat aiskrim plak..alaa..aiskrim ni same je ngan yang jual kat luar tu,malah,anda boleh variasikan lagi rasenya,tambah kacang ke,ape2 je la yang rase sedap dimakan.

Jom tengok bahan-bahan dan cara mengadunnya :)

Bahan-bahan 

  • 450 ml susu segar dutch lady
  • 200 gm tepung susu(tepung susu ape2 pn boleh,duth lady pun boleh)
  • 90 gm gula kastor
  • 3 sudu coklat masakan(dicairkan)
  • setengah sudu esen vanilla
  • Coklat chip

Cara-cara

  1. campurkan tepung susu dan susu segar, dan gaul hingga sebati.
  2. masukkan gula kastor
  3. campurkan coklat masakan yg telah dicairkan dan esen vanilla.gaul hingga sebati.
  4. putar ia hingga sebati dan masukkan kdlm bekas.simpan dalam freezer sampai keras.
  5. bila dah keras,putar semula hingga cair dan lembut.
  6. letak semula kdlm bekas.simpan semula kdm bekas dan simpan dlm freezer hingga keras.
  7. selepas ia sudah keras semula,cedok aiskrim kdlm cwn or mangkuk dan sedia dihidang!!

Wednesday, 25 April 2012

Resepi Biskut Chipsmore

Haaa..kat sini saya nak kongsikan RESEPI.Lagi2 dah dekat nak raya ni kan.leh la buat sendiri,Biskut ni sama je ngan biskut CHIPSMORE tu.Buat sendiri Jimat la sikit dan puas hati.

Kat bawah ni bahan-bahannya dan cara mengadunkan smeua bahan-bahan ni untuk jadinya BISKUT CHIPSMORE.

Bahan-bahan :


450 gm tepung gandum
1 biji telur
250 gm mentega
115 gm gula halus
110 gm gula perang
100 gm choc chips
3 sb serbuk koko
250 gm gajus - panggang dan cincang(xde pun xpe)
1 sk baking soda


Cara - cara :
1) pukul mentega bersama gula halus hingga kembang
2) masukkan telur dan pukul lagi
3) masukkan tepung dan baking soda yang telah diayak sedikit demi sedikit - i tak ayak pon
4) masukkan choc chip dan gajus
5) bulat kecik-kecik dan tekan guna garpu - i tekan guna jari jer....
6) bakar dlm oven dgn suhu 160c selama 15 minit 


Haaa..pastu kalau nak komersilkan,nak buat meniaga,BOLEH JUGAK,asalkan kreatif je..
Buat macam biskut cipsmore tu,bli je PLASTIK,PASTU,isi dalam tu,letak la berape harga pun,pastu letak kat kedai,kat kedai tu,bagi la upah 20cent 1 plastik biskut.atau ikut kesesuaian la kan.Letak je dulu,jangan ambil duit dari Tuan kedai tu pulak..memang xmaunye die bg letak kt kedai tu..


KONSEPNYA,ADE JUALAN,ADE LA KEUNTUNGAN JUALAN ANDA DAN KOMISEN UNTUK KEDAI.


Haaa..da abis daaa..senang je..bahan2 pun sikit je..seronok kalau buat sendiri..