Haaa,kali ni kite buat aiskrim plak..alaa..aiskrim ni same je ngan yang jual kat luar tu,malah,anda boleh variasikan lagi rasenya,tambah kacang ke,ape2 je la yang rase sedap dimakan.
Jom tengok bahan-bahan dan cara mengadunnya :)
Bahan-bahan
- 450 ml susu segar dutch lady
 - 200 gm tepung susu(tepung susu ape2 pn boleh,duth lady pun boleh)
 - 90 gm gula kastor
 - 3 sudu coklat masakan(dicairkan)
 - setengah sudu esen vanilla
 - Coklat chip
 
Cara-cara
- campurkan tepung susu dan susu segar, dan gaul hingga sebati.
 - masukkan gula kastor
 - campurkan coklat masakan yg telah dicairkan dan esen vanilla.gaul hingga sebati.
 - putar ia hingga sebati dan masukkan kdlm bekas.simpan dalam freezer sampai keras.
 - bila dah keras,putar semula hingga cair dan lembut.
 - letak semula kdlm bekas.simpan semula kdm bekas dan simpan dlm freezer hingga keras.
 - selepas ia sudah keras semula,cedok aiskrim kdlm cwn or mangkuk dan sedia dihidang!!
 
Yummmy2,macam sdap jew ni,nak try bt la nnnt..
ReplyDelete